10 Rukun Bai’ah pegangan ISMA

Ustaz-Kamarudin-Awang-Mat-NYDP-ISMA-Kuala-Terengganu

KUALA TERENGGANU, 7 Feb – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendukung rukun-rukun yang dipegang oleh Ikhwanul Muslimin sebagai batu asas dalam perjuangan dakwahnya.

Demikian ujar Ustaz Kamaruddin Awang Mat, Naib Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuala Terengganu.

“Sepuluh rukun tersebut antaranya memahami Islam secara menyeluruh dan ikhlas beramal kerana Allah adalah prinsip asas yang sangat penting dalam misi memperjuangkan islam di samping mengembalikan umat kepada cahaya kebenaran,” ujar beliau.

“Perjalanan dakwah ini sangat panjang dan memenatkan kerana kita bukan sahaja mahu membina individu muslim, bahkan beriltizam sehingga Islam diiktiraf menjadi guru kepada alam ini.

“Justeru, kita harus sentiasa bersedia untuk berjihad di jalan Allah dan berkorban harta serta masa yang ada demi tujuan besar ini.”

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Kuala Terengganu pada pagi ini.

“Ketaatan kita kepada Allah dan Rasul adalah sumber kekuatan untuk kita terus tsabat dan istiqomah di jalan perjuangan murni ini.

“Selain itu, kita perlu memastikan bahawa pemikiran kita bebas daripada perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam di samping memelihara tali persaudaraan yang terbina atas asas akidah. Kita juga mesti yakin kepada kepimpinan yang telah dilantik”, tegas Ustaz Kamaruddin dalam mengulas kesemua 10 rukun tersebut.

Beliau menutup ucapan beliau dengan seruan  setiap pendakwah terutamanya ahli ISMA berpegang dengan rukun bai’ah tersebut agar Islam kembali tertegak dan umat sedar semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *