KRIM bakal lahirkan 1500 Pemimpin Remaja

photo_2015-05-18_18-39-09

Oleh Noradlina Zkeri

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Kelab Remaja ISMA (KRIM) baru-baru ini telah melancaran Akademi Remaja KRIM di International Youth Centre di Cheras, Kuala Lumpur yang dihadiri wakil-wakil penggerak KRIM seluruh Malaysia.

Menurut Pengarah KRIM Nasional, Asmadi bin Abdul Samad berkata, melalui program Akademi Remaja KRIM (ARK), KRIM akan melahirkan remaja yang mempunyai jatidiri sebagai seorang muslim yang sebenar.

“Hari ini, kita lancarkan Akademi Remaja KRIM yang mana remaja-remaja yang lahir daripada akademi ini, adalah remaja yang hidup dalam erti kata yang sebenar, hidup duduk bersama masyarakat sebagai agen perubahan. Inilah hasrat terbesar perlaksanaan Akademi Remaja KRIM,” ujarnya.

Bertemakan ‘MELEDAK POTENSI REMAJA’, ARK hadir sebagai solusi terhadap gelombang ‘Krisis Identiti’ yang kian meruncing di kalangan remaja dengan menawarkan pembangunan potensi yang holistik, mengkhususkan kepada empat aspek utama iaitu, motivasi dan akademik, jatidiri , bakat kepimpinan dan kecergasan fizikal.

Majlis pelancaran ini ditutup dengan ucapan Kick – Off daripada koordinator program ini, Suhayl Salmi. Semasa berucap, beliau menyatakan harapannya terhadap rancangan yang diterajuinya ini.

“Dengan perlaksanaan ARK, KRIM mengharapkan dapat melahirkan 1500 orang pemimpin remaja yang dapat mewarnai dan memancarkan negara ISLAM di Malaysia.

“Itulah visi dan matlamat Akademi Remaja KRIM . Oleh itu, saya berharap para penggerak KRIM dapat melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh,” ujarnya.