17 Pasukan Remaja sertai Kejohanan Futsal Piala YDP Klang

Klang, 23 Sep – Kejohanan Futsal Piala YDP Klang anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM) Klang telah mendapat penyertaan yang terbanyak sepanjang sejarah penganjurannya iaitu 17 pasukan. Kejohanan ini adalah sempena Karnival Sukan Remaja Muslim (KASRIM) yang berlangsung di Arena Real Sport Center, Telok Gadong di sini.

Pasukan-pasukan yang menyertai KASRIM kali ini merupakan pelajar dari sekolah sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur. Antaranya ialah Kolej Vokasonal Klang, SMK Telok Gadong dan SMA MAIWP.

Kejohanan separuh hari ini yang menawarkan hadiah RM 300 telah dimenangi oleh Pasukan Sahaja FC. Sahaja FC turut membawa pulang Piala Pusingan dan medal iringan yang telah disampaikan oleh YDP Isma Klang Ustaz Sulaiman Mohd Nor.

Pihak pengurusan KASRIM amat berpuas hati dengan kelancaran program dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua peserta.

KASRIM merupakan acara tahunan yang dianjurkan khusus untuk remaja yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan berkumpulan disamping menggalakkan remaja aktif dengan gaya hidup sihat mengikut syariat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *