Ahli-ahli ISMA bertanggungjawab bawa naratif Islam yang syumul

Oleh: Afzal Eizaaz Abdul Ghani

SUBANG JAYA, 23 Julai – “Media kini semakin dimomokkan dengan naratif selektif Islam bukan agama yang sempurna oleh Barat atau anti-Islam dan menjadi tanggungjawab kita bersama membawa naratif Islam yang syumul.”

Demikian kata Ketua Biro Komunikasi dan Korporat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Tuan Haji Norzafry Norhalim kepada ahli-ahli ISMA Subang Jaya.

Ujarnya, budaya masyarakat zaman sekarang yang suka membaca kisah artis di media sosial seperti Facebook menjadikan ahli-ahli berperanan besar menyampaikan dakwah di atas talian.

“Kita (ahli-ahli ISMA) boleh mengambil peranan dengan mengajak mereka melihat gambaran besar (kesyumulan Islam) berbanding perkara yang remeh (berita dan gosip artis).

Beliau berkata demikian dalam program Ijtimak Am bulanan ISMA SUbang Jaya di Masjid Al-Falah USJ 9.

Dalam program itu juga, Tuan Haji Norzafry berkesudian merasmikan laman sesawang ISMA Subang Jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *