Aku Bahasaku


Oleh: A. Gafar Mahdi, Isma Samarahan

Bahasaku
Bukan sekadar lisan bicara
Bukan semata-mata kata-kata
Bukan cuma ketertiban tatabahasa
Bukan hanya keindahan sastera
Bahasaku bukan sekadar bahasa

Bahasaku
adalah jiwa raga
adalah jati diri bangsa
adalah maruah negara

Bahasaku
kerananya, tersimpul tali perpaduan
menguntum mekar bunga keharmonian
Bahasaku inilah menyalakan obor perjuangan
kerana bahasaku,
milik bangsa yang merdeka!

Dalat, Sarawak
9 Ogos 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *