Al-Quran senjata mendidik nafsu

Nuqaba Seri Iskandar 1
SERI ISKANDAR,18 Mac –  Al-Quran yang diturunkan oleh Allah untuk umat manusia mampu mendidik jiwa dan nafsu untuk menjadi hamba Allah yang berperibadi mulia.

Amalan membaca dan mentadabbur Al-Quran perlu dipupuk sejak kecil agar ia mendarah daging dalam diri setiap umat Islam.

Setiausaha Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Seri Iskandar Cikgu Amnah Aris berkata, kebahagiaan di dunia dan akhirat boleh dicapai sekiranya nafsu dibendung dan disucikan dengan Al-Quran dan amal-amal soleh yang lain.

“ Jika anda mahukan kebahagiaan dunia dan akhirat, anda perlu mendisplinkan nafsu dan menyucikannya. Macam mana caranya? Iaitu dengan  membaca Al-Quran dan terjemahannya, menghadiri majlis-majlis ilmu, bersama dengan biah yang solehah, kesemua elemen itu mampu untuk menyucikan jiwa anda,” katanya dalam program pembangunan kepimpinan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah baru-baru ini.

Program pembangunan kepimpinan pelajar ini melibatkan 43 orang pelajar yang menjadi mentor (naqib) kepada kumpulan pelajar lain yang lebih muda.

Program bulanan ini juga memberi pendedahan kepada para pimpinan pelajar supaya menjadi pelajar contoh kepada pelajar-pelajar lain dan memberi mereka semangat dan motivasi dalam menguruskan dakwah di sekolah.

Nuqaba Seri Iskandar 2
Nuqaba Seri Iskandar 3

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *