ALFC Terajui Takhta Liga Komuniti Isma

SHAH ALAM, 17 Ogos – Kemenangan besar tujuh gol tanpa balas ALFC ke atas Petaling Jaya United membolehkan pasukan tersebut memintas pendahulu sebelum ini Falahians FC dengan mengumpul sembilan mata penuh.

Situasi ini bakal menjadikan pertemuan terakhir ALFC menentang Falahians FC pada minggu hadapan sebagai penentu pasukan manakah yang lebih layak bergelar juara Liga Komuniti Isma kali ini.

“Pemain menunjukkan disiplin yang baik dalam perlawanan hari ini walaupun diberikan sedikit tentangan oleh PJU di awal permainan. Kami tidak sangka dapat menjaringkan banyak gol hari ini,” ujar Rosli Majman selaku pengurus pasukan ALFC.

Dalam satu lagi perlawanan, kesilapan teknikal Tarbiyah Sentap FC meragut peluang mereka mencari kemenangan sulung apabila kalah percuma kepada pasukan Klang Kaigelz FC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *