Allah benci kepada perbuatan zina

851316525_23987

Oleh Nurul Aqilah Mohd Salleh

BATU PAHAT, 21 Dis- “Perbuatan zina merupakan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah ke atas para hamba-Nya,” kata Zainatullukma Bt Idris, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Batu Pahat semasa tazkirah bersama muslimat Kampung Bintang seramai 35 orang.

Menurutnya, pembalasan hukuman Allah menurut Al-Quran dan Hadis kepada penzina yang belum berkahwin dan sudah berkahwin mempunyai hikmah yang tersendiri

“Setiap muslim mestilah menjauhi perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya perbuatan zina tersebut sama ada zina hati, zina mata, zina telinga dan zina kemaluan.

“Selain itu, menurut firman Allah dalam ayat 1-3 Surah An-Nur, seorang penzina lelaki dan perempuan yang belum bertaubat diharamkan berkahwin dengan lelaki atau perempuan beriman,” ujarnya.

Program yang mendapat sambutan yang menggalakkan ini telah dianjurkan oleh Biro Wanita Isma Cawangan Batu Pahat, Johor di Kampung Bintang baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *