Allah haramkan Syurga bagi pemimpin yang menipu rakyat

Oleh Mohamad Nor Fakihin Aqsa bin Mohd Nor Azam

KOTA SAMARAHAN, 26 Feb– “Ingatlah, dalam hadis riwayat muslim ada menyebut barang siapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan mengkhianati atau menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan Syurga atasnya” pesan Ustaz Mohamad bin Ismail, Ahli Jawatankuasa Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kepada ahli Isma cawangan ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Isma Samarahan ke-3 di Pejabat Isma Samarahan semalam.

Tambah beliau, dalam Islam tugas seorang pemimpin adalah membawa rakyatnya kembali bertaqwa kepada Allah.

“Selepas kita dilantik menjadi pemimpin, tanggungjawab besar seorang pemimpin yang perlu dilakukan adalah memeritntah secara yang adil. Jadi nak jadi pemimpin bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main,” katanya.

Selain itu, Ustaz Mohamad yang memegang jawatan Ketua Biro Tarbiyah Isma turut menyatakan penting untuk memilih pemimpin yang mampu bawa perjuangan harakah ini.

“Orang yang memilih ada tanggungjawabnya dalam membuat pilihan sewaktu mencalonkan pemimpinnya. Sekiranya dia melantik dari kaum kerabatnya atau melantik seseorang lelaki tetapi ada yang lebih layak dari dipilih, sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan rasul.

Katanya lagi, sebaik-baik pemimpin ialah orang yang kuat serta amanah dalam mengalas tanggungjawab.

“Seorang pemimpin mesti amanah dari sudut ketaqwaan dan kesolehan. Dari sini akan bawa rahmat dan kebaikan kepada manusia.

“Kuat yang dimaksudkan pula ada sejauh mana kemampuannya memimpin ahli-ahli jawatankuasa serta ahli-ahli harakah dalam mencapai matlamat redha Allah. Inilah ciri-ciri yang ada kemampuan untuk lawan musuh yang besar. Saiz musuh kita hadapi adalah terlalu besar dan tersusun,” katanya.


Turut hadir Naib Yang di-Pertua Isma Kuching, saudara Mohammad Afiq Shazwan bin Abdul Samat dan barisan pimpinan Isma cawangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *