Amal fardi dan amal dakwah perlu seiring

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

SUBANG JAYA, 23 April – Ahli-ahli ISMA Subang Jaya berpeluang beramah mesra dengan Naib Presiden ISMA, Ustaz Mohd Rusdi Alias semasa sesi perjumpaan bulanan di Masjid Al-Falah di USJ 9.

Dalam sesi pertemuan itu, Ustaz Mohd Rusdi menyeru ahli-ahli ISMA untuk terus memperkasa amalan fardi dan amal dakwah berorganisasi selaras dengan kehendak Allah s.w.t. menciptakan manusia di muka bumi.

Dalam sesi itu juga, Ustaz Mohd Rusdi turut menyeru ahli-ahli ISMA Subang Jaya agar sentiasa berdoa agar usaha dakwah yang dijalankan diterima baik oleh masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *