Anak-anak Isma Bolot Piala MTAQ Sekolah-sekolah Daerah Seremban

Oleh : Julaibeeb bin Jamalludin

SEREMBAN 22 April – Seramai empat orang anak-anak kepada ahli Ikatan Muslimin Malaysia(Isma) cawangan Seremban berjaya meraih pingat di kejohanan Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Seremban 1 pada Sabtu yang lepas di SMK Dato’ Haji Mohd Redza, Sikamat.

Antaranya Nuaim bin Haji Omar,15 yang mendapat Johan di dalam kategori Hafazan mewakili sekolahnya SMK Sheikh Ahmad, sementara abangnya Huzaifah bin Haji Omar, 17 juga mendapat pingat Johan bagi kategori syarahan di dalam Bahasa Arab mewakili Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu.

Selain itu juga Warithatul Jihad binti Haji Mohd Hazizi,17 juga berjaya mendapat Johan di dalam pertandingan Khat sementara kembarnya Walidatul Amal binti Haji Mohd Hazizi, 17 juga turut berjaya tempat ketiga di dalam acara Hafazan kategori Perempuan dan kedua-duanya mewakili SMAP Labu.

“Kebanyakan anak-anak Isma dibentuk keyakinan mereka sejak kecil melalui platform yang telah disediakan Isma seperti Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) dan juga Kelab Remaja Isma (KRIM) membuatkan mereka sentiasa berani dan berlumba-lumba untuk ke hadapan” ulas Puan Akhma Deena, 41, ibu kepada adik-beradik Nuaim bin Hj. Omar dan juga Huzaifah bin Hj. Omar.

Kesemua anak-anak ahli Isma Seremban ini telah mendapat didikan terus daripada ibu bapa mereka dan juga sentuhan tarbiah daripada program-program yang dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan(NGO) Isma itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *