Anak Jati Dungun Aktif Berdakwah di Negeri Kelahiran

Ustaz Mohd Zalani

Dalam gerakan dakwah beroganisasi seperti Ikatan Muslimim Malaysia (Isma), pasti kita sering bertemu ramai susuk tubuh yang hebat. Pertemuan ni pastinya akan membuatkan pendakwah-pendakwah muda berpeluang untuk belajar dari qudwah yang ada dalam gerakan itu sendiri, menimba ilmu dan mempelajari pengalaman dari mereka yang lebih lama bergelumang dengan jalan dakwah ini yang penuh ranjau ini. Dalam Isma sendiri semestinya mempunyai pendakwah yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan usia kerana Isma adalah sebuah pertubuhan Melayu dan Islam yang secara serius melakukan dakwah dalam dan luar Malaysia kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Penulis sempat bertemu dengan seorang Tokoh Pendakwah Isma Cawangan Dungun di rumah beliau. Pertemuan ini pasti akan menjadi memori yang terpahat kemas dalam memori penulis. Beliau adalah tokoh yang telah bersama gerakan dakwah di Malysia sejak sebelum wujudnya nama Isma lagi. Tambahan pula, beliau adalah antara yang terawal terlibat dalam penubuhan Isma pada tahun 1997.

Beliau yang dimaksudkan ialah Al-Fadhil Ustaz Mohd Zalani Bin Ibrahim, yang kini berusia 51 tahun. Merupakan anak jati Dungun, Terengganu. Beliau yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin, pengkhususan tafsir Al-Quran ini, adalah merupakan Jawatankuasa Biro Dakwah Isma Pusat dan pada masa yang sama merupakan Mantan Yang Dipertua Isma Cawangan Dungun sejak dari penubuhan Isma Dungun hingga tahun 2014.

Bapa kepada 2 orang puteri dan seorang putera ini, adalah merupakan seorang insan yang luar biasa. Dalam usia beliau yang boleh dikatakan menghampiri pencen ini, beliau masih aktif mengajar di masjid-masjid sekitar Dungun. Sebaik pulang dari tempat kerja beliau yang merupakan Pegawai Agama di salah sebuah syarikat petroleum nasional yang beroperasi di Kerteh, Terengganu sekitar jam 6.30 petang, beliau akan bersiap siaga untuk mengajar di masjid-masjid sekitar Dungun selepas Maghrib hingga Isyak antaranya di Masjid Balai Besar, Dungun untuk Kuliah Kitab Riadhusolihin pada setiap Ahad, Masjid Intan Zaharah, Dungun untuk Kuliah Sirah setiap Selasa, dan Masjid Kampung Sura, Dungun untuk Kuliah Tafsir setiap subuh Jumaat.

Penglibatan beliau secara aktif dalam Isma turut diketahui dan disanjungi oleh hampir sebahagian besar pekerja-pekerja di tempat kerja beliau. Malah ada yang mengambil kesempatan untuk bertanya sendiri mengenai pendirian Isma kepada beliau. Isu-isu semasa mengenai agenda Isma seperti “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”, pendirian Isma mengenai Akta 355 turut dibincangkan bersama. Pada mereka, maklumat pengenai pendirian Isma boleh didapati di laman sesawang rasmi Isma namun mereka lebih selesa bertanya sendiri kepada beliau bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai isu-isu semasa yang Isma ketengahkan. Oleh itu, sebagai penggerak dakwah Isma, beliau perlu mempunyai maklumat yang betul dan tepat untuk disampaikan kepada masyarakat sekeliling yang bertanya.

Penulis sempat bertanya mengenai harapan beliau kepada pendakwah muda dalam Isma agar menjadi pesanan untuk diri penulis dan pembaca sekalian, beliau berpesan agar bahtera dakwah yang telah dibina oleh generasi beliau ini akan terus dibawa oleh pelapis-pelapis muda mencapai redha Allah. Adalah penting untuk pelapis menguasai fikrah yang Islam yang sama agar gagasan penubuhan Isma kekal sama walaupun bertukar generasi. Beliau sangat berharap agar pelapis muda dalam Isma tidak larut dalam suasana dakwah Malaysia yang cukup selesa. Sebagai contoh, dalam kesibukan kerja harian yang pastinya akan membuatkan seseorang pendakwah muda itu terleka untuk mengejar pangkat sedangkan tugas hakikinya untuk turun ke lapangan dakwah bersama masyakarat mungkin terabai.

Disediakan oleh:
Wan Mohd Amir
JK Biro Komunikasi dan Multimedia Isma Dungun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *