Anak muda, kami perlukan kamu!

photo_2016-05-23_07-22-12

Orang muda, pemuda, kuat, bertenaga, kental, gagah, berani, kacak, segak dan banyak lagi ciri-ciri yang boleh kita tulis tentang orang muda. Itulah dia orang muda. Masuk kampung, pergi ke bandar, ke kota-kota, kilang-kilang, syarikat-syarikat besar, kedai-kedai mamak, gerai-gerai burger, padang bola, stadium, kompleks beli-belah, dimana-mana saja, kita pasti penuh dengan anak-anak muda. Begitulah ramainya anak muda, tak kira dimana, tak kira masa, anak muda pasti ada disana.

Kepada semua anak muda, kamu semua amat penting dan sangat berharga buat kami. Tak kisahlah kamu dari mana, kerja apa, kaya atau miskin, bergaya atau biasa saja, kerja korporat atau kilang, naik Mercedes atau merempit motor saja, budak kampung atau bandar, belajar tinggi atau belajar biasa-biasa sahaja, tak kisahlah apa pun, kamu semua tetap penting dan berharga buat kami.

Kerana kami yakin dan percaya kepada setiap manusia Allah tidak ciptakan sia-sia. Tidak! Paling kurang, tenaga muda kamu boleh disumbangkan untuk bantu orang susah dan memerlukan. Bantu orang buta lintas jalan, tolong makcik yang tak larat angkat barang, tolong tolak motor pancit dalam perjalanan, sedekah burger kepada ibu tunggal yang kesusahan, tolong ajar anak jiran ulangkaji pelajaran dan banyak lagi.

Ya! Itulah sekecil-kecil perkara yang kita orang muda boleh sumbangkang dalam masyarakat. Sebab itu saya katakan kamu semua sangat penting dan berharga. Berharga kepada keluarga, masyarakat, dan negara ini. Ya! Negara ini amat perlukan kamu semua. Kamu mungkin rasa taka da apa-apa yang kamu boleh sumbangkan kepada negara ini, kamu mungkin merasakan kamu ini orang kecil, duit pun tak banyak, harta pun sedikit, pakai motor kapcai sahaja, petang-petang memancing di kolam, malam-malam lepak di gerai burger atau kedai mamak sambal kena teh Tarik dan roti kosong layan bola.

Itu mungkin apa yang kamu rasa. Tapi kami merasakan kamu boleh beri lebih dari itu. Contoh-contoh sumbangan yang saya tulis diatas tadi adalah bukti sumbangan yang anda boleh berikan kepada negara kita.

Jom bersama-sama dengan kami di PEMUDA ISMA, kita buat apa saja usaha kecil untuk bangunkan negara yang kita cintai ini. Siapa pun kita, pasti tanah air ini kita saying sepenuh jiwa raga. Kerana ini adalah tanah tumpahnya darah kita. Tok nenek moyang kita telah berkorban nyawa untuk tanah air ini suatu ketika dahulu. Hari ini kitalah orang muda yang akan pertahankan tanah air dan sama-sama kita sumbang apa yang kita mampu.

Orang Muda Harapan Negara!
Jom bersama PEMUDA ISMA.

aizam-270x180
Nurul Aizam Zaini
Ketua PEMUDA
ISMA Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *