“Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel”- Usaha yang Sudah Lama Dirancang oleh Musuh Islam

 

 

 

Pengisytiharan Jerusalem Sebagai Ibu Negara Israel

Henry Kissinger ada menyebut dalam bukunya, World Order – ” The Conflict of two concepts of world order is embedded in the israeli-palestinian issue.”

1. Pengisytiharan Donald Trump berkenaan Jerusalem sebagai ibu negara Israel datang beberapa hari selepas timbul isu kemarahan beribu rakyat yahudi terhadap Benjamin Netanyahu berkenaan isu korupsi beliau. Ini boleh dilihat sebagai satu cubaan menutup skandal korupsi ini dari mata rakyat yahudi.

2. Pengisytiharan ini berlaku tepat pada masa ketika dunia arab berada pada titik paling lemah mereka dengan isu Qatar-GCC, Saudi-Lebanon, Saudi-Yemen, Syria, Iraq, kemelut politik di Mesir.

3. Pemimpin dunia arab seperti Sisi, Mohammad bin Salman, Mohammed bin Zayed secara peribadinya mereka bergantung kepada Donald Trump dan berada di satu penjuru yang menyebabkan mereka tidak dapat melakukan apa-apa. Bahkan Mohammad bin Salman tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sendiri mengutuk tindakan ini.

4. Pengisytiharan ini juga berlaku selepas terdapat ura-ura Saudi Arabia bersetuju dengan visi Benjamin Netanyahu bagi rakyat palestin.

5. Ismail Haniyeh dan Recep Tayyip Erdogan menyatakan bahawa Jerusalem adalah red-line bagi umat Islam. Turkey telah diketahui secara umum menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai mediator peace process Palestin-Israel, mereka mengancam bagi memutuskan hubungan dengan Israel sekaligus menekan Amerika Syarikat yang mempunyai aset penting didalam hubungan Turkey-Israel.

6. Menteri pengangkutan dan maklumat, Yisrael Katz berkata, “Israel is a sovereign state and Jerusalem is its capital.” Pandangan ini sekaligus memperakukan kenyataan Kisingger bahawa two concepts of world order terletak didalam isu ini. Pada tahun 2008 juga Obama telah menyatakan kepada AIPAC iaitu pelobi Yahudi terbesar di Amerika bahawa beliau akan mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Idea ini telah dibawa lama sebelum Donald Trump. AIPAC dan gerakan Evangelis Kristian di Amerika Syarikat diketahui umum merupakan driving force dan pelobi besar bagi polisi Amerika Syarikat di Timur Tengah. Sokongan kedua belah pihak ini sangat diperlukan Presiden Amerika Syarikat bagi kekal sokongan terhadapnya.

 

Apa peranan mereka yang berkuasa di Malaysia? Apa peranan ahli politik dan NGO di Malaysia?

7. Referendum bantahan kepada Amerika Syarikat sepatutnya diserahkan segera dengan nada keras.

8. Menyatakan secara keras, lantang dan mengambil langkah diplomatik bagi mengancam asset Amerika Syarikat di Asia Tenggara terutama Malaysia.

9. Sepatutnya meletakkan Isu Palestin sebagai agenda penting kepada perjuangan.

10. Hentikan retorik laungan slogan yang saban tahun diulang-ulang namun hanya ketika isu sedang hangat dibicara tanpa apa-apa tindakan yang kritikal dan efektif.

11. Ahli Politik dan NGO, IGO perlu bersuara dan bertindak dengan tegas kepada gerakan Evangelis Kristian dan mana-mana yang bersekutu dengan gerakan yang menyokong perjuangan Israel. Rakyat perlu menolak mereka yang menyokong Israel sebagai negara yang berdaulat.

12. Kerajaan perlu mengambil tegas terhadap mereka yang memberi sokongan terhadap Israel serta Evangelis Kristian.

 

Amirul Asyraf

Ketua biro unit kajian dan akademik Isma Jordan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *