Bazar Makanan ISMA Sheffield Meriah Dengan Sambutan Lebih 100 Orang Pengunjung

Sheffield, 15 Jan- Jawatankuasa ISMA Sheffield baru-baru ini telah berjaya menganjurkan program bazar makanan bertempat di Broomhall Community Centre.

Kira-kira 100 orang pengunjung telah berpusu-pusu memenuhkan Broomhall Community Centre seawal masa pembukaan bazar pada jam 1 petang untuk membeli pelbagai pilihan juadah tradisional Malaysia.

Pengarah program, saudara Sazlee Hidayatullah yang telah dihubungi Media ISMA Eropah berkata, “program bazar ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan ISMA kepada komuniti pelajar Malaysia di Sheffield dalam pada masa yang sama memberi peluang kepada para pelajar untuk mengubat rindu keenakan masakan Malaysia.”

Ujar beliau lagi, “aktiviti sebegini sangat bermanfaat dari segi mengeratkan hubungan silaturahim sesama komuniti Malaysia di Sheffield malah turut menjadi medium kepada para peniaga yang terdiri dalam kalangan mahasiswa untuk untuk menambah sumber pendapatan ketika musim cuti semester. Para pelajar juga turut dihidangkan dengan pelbagai pilihan makanan dan kuih-muih tradisional Malaysia.”

Ketua ISMA Sheffield, saudara Hafidz Romli berkata, “penganjuran bazar ini juga merupakan wadah kepada ahli ISMA sendiri untuk mengasah kupayaan menganjurkan program yang besar serta mencungkil bakat kepimpinan berorganisasi.”

Mengulas mengenai dapatan program, saudara Hafidz berkata, “Alhamdulillah penganjuran bazar pertama kali ini telah berjaya menarik lebih 100 orang pengunjung sekaligus membuktikan organisasi ISMA Sheffield berupaya menganjurkan program berskala besar pada masa hadapan.

Turut hadir ketika program ini ialah Timbalan Pengerusi ISMA UK-Eire, saudara Faqih Aqili yang memuji kesungguhan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli ISMA Sheffield untuk bergerak sebagai sebuah organisasi pelajar yang kukuh dan effisyen melaksanakan aktiviti pelajar.

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *