Belia Shah Alam ‘sepak’ COMANGO

riadah jan

SUBANG JAYA, 5 Jan. – “Jom sepak COMANGO” menjadi tema pembuka tirai riadah futsal 2014 anjuran ISMA Shah Alam di mana tema ini diambil bagi menaikkan semangat dan memberi kesedaran kepada para belia akan bahaya COMANGO.

Menurut kapten riadah, saudara Kamal, tuntutan COMANGO bakal memberi impak negatif yang besar terutama kepada generasi muda jika dibenarkan oleh kerajaan Malaysia.

Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks LGBT, hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini selain mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.

Justeru beliau menyeru supaya seluruh belia di Shah Alam khususnya untuk sama-sama memberi kesedaran kepada rakan-rakan sekeliling mereka demi menjaga kepentingan umat Islam.