Beliawanis Isma Australia, persatuan tempatan jayakan sambutan Aidilfitri

Adelaide, 21 Syawal 1438H – Program ‘Sisters Eid Diversity Dinner’ telah berjaya dilansungkan dengan kerjasama antara Beliawanis Australia dan badan gerakan dakwah tempatan Adelaide, Islamic Student Society of University of Adelaide (ISSUA). Seramai 42 orang tetamu hadir ke majlis makan malam tersebut. Para tetamu terdiri daripada muslimat pelbagai latar belakang berbeza kaum, bangsa dan budaya, selari dengan objektif program yang  bertujuan untuk menyediakan suatu platform buat para wanita Islam di bumi Adelaide untuk lebih mengenali sesama mereka dan bersosial dalam suatu suasana islami yang terjamin.

Bertemakan ‘Unity in Diversity’, majlis makan malam yang pertama itu berlansung pada pukul 6 petang di Café Rumors di The University of Adelaide (UoA). Para tetamu yang hadir terdiri daripada wanita-wanita penduduk tetap Australia dan para siswazah sekitar Adelaide (i.e. The University of Adelaide, University of South Australia, Flinders University dan TAFE SA). Kehadiran tetamu yang dinamik dan pelbagai ragam menambahkan lagi variasi capaian perkongsian budaya sesama wanita Islam di bumi Adelaide.

Majlis makan mala mini dimulakan dengan aktiviti ‘word match’ di mana tetamu harus memadankan ucapan salam dalam pelbagai bahasa dengan bahasa yang betul. Selain itu, aktiviti lain seperti Kahoot!, teka makanan, negara, dan Dessert Time kesemuanya menguji dan meluaskan pengetahuan para wanita muslim Adelaide mengenai budaya dan perbezaan saudari seIslam yang berlainan bangsa.

Program kerjasama sulung tersebut berjalan selama dua jam setengah namun banyak manfaat telah diperolehi oleh para beliawanis Isma SA seperti pendedahan kepada pengurusan organisasi, perkongsian pengalaman dan budaya sesama organisasi dakwah penduduk tempatan serta keutuhan ukhuwah sesama saudari-saudari muslim di Adelaide.

Program ‘Sisters Eid Diversity Dinner’ diakhiri dengan sesi gambar bersama seluruh tetamu yang hadir dengan para AJK dengan harapan ukhuwah yang terbina melalui program tersebut berpanjangan dan program tersebut diteruskan lagi pada sambutan Aidil Adha akan datang, insya Allah.

Adib Hafifi Md Soh
Ahli Biro Penerangan Isma Australia

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *