Bengkel Penulisan Garap Kemahiran Wanita Menulis Berita

BANGI, 22 April – Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Daerah Hulu Langat (Wanita ISMA DHL) telah mengadakan Bengkel Penulisan di pejabat Isma Hulu Langat semalam.

Nursabihah Mohtar, seorang wartawan majalah telah dijemput untuk mengendalikan bengkel tersebut.

Para peserta bengkel yang terdiri daripada lapan orang wartawan dan wakil media Wanita ISMA DHL itu telah didedahkan dengan teknik mencatat isi penting ketika ceramah berlangsung dan kemahiran menulis berita.

Peserta juga telah diminta membuat tugasan menulis berita berdasarkan rakaman usrah wanita yang ditayang ketika bengkel.

Pendedahan kepada aspek asas penulisan berita ini amat penting bagi memberi pengetahuan kepada Wanita ISMA DHL untuk melaporkan aktiviti yang dilaksanakan.

Menurut Ketua Wanita ISMA DHL, Datin Asmahan Zaidon, bengkel penulisan ini akan diadakan secara berkala bagi melihat keberkesanan wartawan dalam membuat laporan di samping meningkatkan mutu penulisan.

Melalui kaedah ini, segala informasi dan aktiviti biro wanita dapat dikongsi kepada orang ramai disamping melonjakkan imej biro wanita di hati para pembaca.

Nurul Husna

Wartawan Wanita ISMA DHL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *