Bermulanya Kemuncak Pesta Ibadah

RAMADAN merupakan penghulu segala bulan, hadiah luar biasa buat umat islam yang telah dijanjikan pelbagai kelebihan dan gandaan pahala di dalamnya.

Terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadan kerana terdapatnya malam Lailatul Qadar, suatu malam yang digandakan pahala ibadah seperti seribu bulan.

Oleh itu, umat Islam mengambil kesempatan pada akhir Ramadan ini untuk mengejar pahala dengan menggandakan amalan bertilawah, bertadarus, bersolat sunat juga beriktikaf di masjid-masjid.

Ahli-ahli pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di seluruh negara mengambil kesempatan ini dengan menganjurkan beberapa program di seluruh malaysia seperti Quran Sana Sini, Itikaf Perdana, Majlis Khatam al-Quran, Bakul Kasih Ramadan, dan lain-lain aktiviti bagi memeriahkan Ramadan sebagai pesta ibadah di seluruh Malaysia.

Dua orang pemuda sedang bertadarus al-Quran di dalam Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Gombak pada malam ke 20 Ramadan, malam pertama bagi 10 malam terakhir Ramadan. Gambar oleh Al-Amin Asri/PIKSMA.
Sekumpulan remaja sedang bertadarus al-Quran di dalam Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Gombak pada malam ke 20 Ramadan, malam pertama bagi 10 malam terakhir Ramadan. Gambar oleh Al-Amin Asri/PIKSMA.
Ahli-ahli pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak sedang membaca al-Ma’thurat seusai solat subuh pada Ramadan ke-20 semasa program Itikaf Perdana ISMA Gombak di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Gambar oleh Al-Amin Asri/PIKSMA.
Sekumpulan pemuda daripada pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak sedang bertadarus al-Quran semasa program Itikaf Perdana ISMA Gombak di dalam Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Gombak. Gambar oleh Al-Amin Asri/PIKSMA.
Sebahagian ahli pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak sedang mendengar pengisian berkenaan ‘Cergas Dalam Ramadan’ semasa program Itikaf Perdana ISMA Gombak di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Gambar oleh Al-Amin Asri/PIKSMA.
Sesi pengisian berkenaan pengajaran daripada peristiwa Perang Badar oleh Dr. Afif Husman, aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak semasa program Itikaf Perdana ISMA Gombak di dalam Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Gambar oleh Al-Amin Asri/PIKSMA.
Sesi pengisian berkenaan Ummat Islam di Uighur oleh Ustaz Nazri, aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak semasa program Itikaf Perdana ISMA Gombak di dalam Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Gambar oleh Al-Amin Asri/PIKSMA.
Dua pemuda sedang bertilawah al-Quran sambil menunggu bas di stesen bas LRT Gombak sempena kempen Quran Sana Sini bagi meraikan Nuzul al-Quran anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak. Gambar oleh Al-Amin Asri/PIKSMA.
Seorang wanita sedang bertilawah al-Quran di dalam LRT sempena meraikan hari Nuzul al-Quran. Gambar oleh Al-Amin Asri/PIKSMA.
Sekumpulan wanita sedang bertadarus pada majlis khatam al-Quran anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ipoh di Masjid asy-Syakirin, Ipoh, Perak. Gambar oleh Sheera/PIKSMA.
Sekumpulan wanita sedang bertadarus pada majlis khatam al-Quran anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ipoh di Masjid asy-Syakirin, Ipoh, Perak. Gambar oleh Sheera/PIKSMA.
Sekumpulan wanita sedang berdoa pada majlis khatam al-Quran anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ipoh di Masjid asy-Syakirin, Ipoh, Perak. Gambar oleh Sheera/PIKSMA.
Sekumpulan wanita sedang bertadarus pada majlis khatam al-Quran anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ipoh di Masjid asy-Syakirin, Ipoh, Perak. Gambar oleh Sheera/PIKSMA.
Seorang wanita daripada penduduk PPR Seri Semarak menunjukkan juz yang dibacakan untuk ditadarus pada majlis khatam al-Quran anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak di Surau al-Husna, Setapak, Kuala Lumpur. Gambar oleh Huurun Shaary/PIKSMA.
Sebahagian peserta majlis khatam al-Quran anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak di Surau al-Husna, Setapak, Kuala Lumpur. Gambar oleh Huurun Shaary/PIKSMA.
Peserta-peserta majlis khatam al-Quran anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak di Surau al-Husna, Setapak, Kuala Lumpur. Gambar oleh Huurun Shaary/PIKSMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *