Biro Dakwah Isma ziarah Yang Dipertua Yadim

 

yadim

Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah membuat kunjungan rasmi ke Pejabat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad, hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta saling berbincang dan bertukar pandangan dalam isu gerak kerja dakwah dengan cabaran masa kini.

Antara yang dibincangkan juga adalah ruang-ruang kerjasama dalam projek dakwah akan datang.

Di akhir perjumpaan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Hj Omar Kassim menyampaikan cenderahati kepada Dr. Yusri Mohamad sebagai penghargaan atas kesudiaan beliau berbincang dengan Isma mengenai isu-isu dakwah.

Kunjungan ini turut disertai oleh dua orang Ahli Jawatankuasa Biro Dakwah Isma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *