Da’i sejati

dai_logo

Perkataan Da’i mula popular beberapa tahun ni, jika tidak perkataan ini hanya berlegar-legar di kalangan pemuda yang melakukan gerak kerja dakwah. Alhamdulillah! Perkataan ini terus terpahat di minda masyarakat kita apabila ianya digunakan di dalam rancangan-rancangan televisyen di Malaysia seperti Da’ei Milenia. Alhamdulillah! Masyarakat sedikit-sedikit mula memahami apa itu dakwah dan kenapa perlu berdakwah. Maka ramailah pendakwah-pendakwah muda yang lahir bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Alhamdulillah, subur Malaysia dengan melahirkan generasi dakwah. Maka berlumba-lumbalah orang mengajak ke arah kebaikan. Kita melihat para pendakwah sangat petah bercakap apabila berdiri di hadapan, di panggil ke utara dan ke selatan, ke timur dan ke barat semata-mata untuk mengajar manusia tentang ad-deen. Semoga amal kita semua diterima Allah swt.

Jadi kenapa aku perlu menulis artikel ini? Semua pendakwah sudah hebat belaka. Tapi aku merasakan ade sesuatu yang kurang di kalangan pendakwah di Malaysia. Apabila kita bicara tentang pendakwah, senang sahaja nak digambarkan, ianya seperti PAHLAWAN. Teringat pahlawan melayu dahulu, mat kilau, dato’ Bahaman dan Tok janggut semuanya mati demi mempertahakan agama dan Negara.

Seorang Pahlawan sangat memahami tujuan hidup di dunia, sentiasa ternanam di fikiran dan sanubari. Bukan itu sahaja, Pahlawan sentiasa tenang dan tidak bertindak terburu-buru supaya mencapai matlamat yang di idamkan. Seorang Pahlawan juga bijak mengatur strategi untuk mengalahkan musuh. Strategi yang di atur secara berperingkat dan tepat untuk melemahkan musuh dari segenap aspek sebelum menyerang. Sentiasa bijak membuat keputusan supaya tidak terpedaya dengan kehendak musuh.

Pengikut pahlawan juga perlu ramai dan kuat bagi menentang musuh yang ramai. Pahlawan sangat syumul pemikirannya, bukan beribadat sahaja dan bukan kerja nak membiadaahkan orang sahaja. Tapi pahlawanlah yang membantu masyarakat, mengajar, mendidik serta menjadi teman di hati msyarakat. Tidak lupa, Pahlawan juga sangat mengetahui musuh yang sebenar iaitu golongan mustakbirin. Dan yang paling best tentang pahlawan ni, semuanya mati syahid. AH? Mati Syahid? Takut eh?

Semua manusia akan mati, kita pilihlah nak mati macam mana. Sebab itu, pahlawan sangat jelas dengan tujuan hidupnya dan semua ciri di atas ada pada seorang pahlawan. Adakah kita mempunyai ciri ini? Jika tidak, kita belum lagi pahlawan dan bukan da’ei sejati. Banyak lagi ciri daei yang sejati yang boleh disenaraikan, tapi biarlah anda sendiri sebagai pendakwah menyelami dan memahami dengan penuh kesungguhan. Bacalah buku-buku tokoh dakwah yang banyak di Malaysia, seperti Imam Hassan Al-Banna, Ahmad Rasyid, Syed Qutb dan ramai lagi.

Moga kita sentiasa tsabat dalam jalan dakwah.

Abu Raed.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *