Dakwah Isma membentuk generasi dan masyarakat

Oleh: Siti Aisah Misbah

ALOR GAJAH, 15 Feb – “Kerja dakwah bukan perkara kecil, ia berperanan membentuk generasi dan masyarakat seluruhnya.

Demikian kata Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Haji Ir. Omar bin Kassim ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Isma cawangan Alor Gajah yang pertama.

Ujarnya, dakwah Isma ialah dakwah yang Rabbani yang diasaskan mengikut Al-Quran itu sendiri yang juga merupakan asas kepada Islam.

“Sebagai pendakwah kita bertanggungjawab menyampaikan dengan jelas dan dengan terang ajaran Islam,” jelasnya.

Beliau turut memperingatkan kepada ahli Isma agar tidak gentar untuk menyampaikan yang hak, kerana bantuan Allah pasti akan datang dan akan ada yang akan menyokong serta yakin bahawa Isma berada di jalan yang benar.

Dalam ucapannya juga, Ustaz Omar turut menyeru agar setiap ahli Isma melaksanakan amal dakwah dengan sehabis baik walau di manapun posisi mereka dalam jemaah.

Mesyuarat Agung kali pertama yang bertempat di Pejabat Isma cawangan Alor Gajah ini juga meyaksikan perasmian pejabat yang telah disempurnakan oleh Ustaz Omar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *