Dakwah kita bukan untuk kepentingan peribadi

BANGI, 10 Februari – Dakwah di bumi Daerah Hulu Langat semakin digencarkan lagi dengan perlantikan Encik Majid bin Jantan sebagai Yang di-Pertua (DYP) Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Daerah Hulu Langat (Isma DHL) yang baru, serta berapa ahli jawatankuasa cawangan bagi penggal ketujuh dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan, Ahad lepas.

Mesyuarat kali ini menjadi sejarah apabila telah dihadiri oleh wakil parti-parti politik daripada UMNO, PAS, Berjasa serta wakil daripada pertubuhan Islam HALUAN dan juga Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Seruan Isma DHL tegas melaungkan “Malaysia Negara Islam” disambut baik oleh para perwakilan dengan penurunan tandatangan ke atas petisyen MNI.

Saudara Mohamad Noor Azib bin Asmangi, mantan YDP Isma DHL menjelaskan bahawa dakwah dalam Isma tidak membawa apa-apa kepentingan peribadi melainkan untuk mengajak manusia kembali kepada Allah Yang Maha Esa. Umat Islam perlu meyakini Islam adalah jalan penyelesaian terbaik bagi mengubati penyakit umat yang kian membarah.

“Nilai kefahaman Islam yang syumul inilah yang membezakan kita dengan ideologi sekular liberal yang bertunjangkan humanisme,” jelasnya lagi dalam ucaptama mesyuarat agung dwi tahunan Isma DHL.

Beliau juga menasihatkan agar berhati-hati dengan dasar “rahmatan lil alamin” yang bersikap lunak membuta-tuli terhadap golongan kafir dan menegaskan bahawa orang Islam tidak boleh meletakkan taat setianya kepada orang bukan Islam. Isma DHL mensasarkan 50,000 tanda tangan orang ramai sepanjang kempen MNI ini.

 

Syaza S. Suhaili

Wartawan Isma DHL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *