Daulatkan Islam melalui gerak kerja yang berprinsip dan berfasa

YDP Melaka 1
DURIAN TUNGGAL, 11 Mac – “Matlamat sebuah gerakan Islam adalah untuk mendaulatkan Islam melalui gerak kerja yang berprinsip dan berfasa sesuai dengan tuntutan dan senario tempatan.”Demikian intipati pembentangan tajuk “Tasawur Asasi Gerakan Islam” yang disampaikan oleh Yang Dipertua ISMA Melaka, Amru Iskandar Burhan.

Beliau menghurai tajuk-tajuk yang telah ditulis oleh al fadhil Ustaz Fathi Yakan, seorang tokoh gerakan Islam di dalam sebuah majlis yang diadakan di Pejabat ISMA Melaka di Taman Angkasanuri, di sini baru-baru ini.

Beliau menekankan bahawa perkara asasi yang terpenting di dalam kerja-kerja meninggikan Islam adalah memastikan setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan patuh sepenuhnya kepada tuntutan syara’.

“Sebuah gerakan Islam mesti memenuhi ciri-ciri gerakan Islam khususnya dalam berpegang kepada prinsip Islam. Tidak boleh diterima konsep ‘matlamat menghalalkan cara’ dalam gerakan Islam, walaupun cara sedemikian biasa digunakan oleh banyak pertubuhan pertubuhan politik,” tegas beliau.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa mengharapkan semua pertubuhan Islam yang berbeza untuk bergabung membentuk satu pertubuhan adalah terlalu ideal dan tidak meraikan perbezaan perbezaan yang mungkin wujud antara setiap organisasi.

Namun, kesemua pertubuhan Islam seharusnya boleh bersepakat dalam mendokong agenda-agenda yang mengukuhkan kedudukan Islam dan membela umat Islam di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *