Dekati Sukan Tradisional bersama Nazim DHL

Oleh : Intan Syazwani Azmee

BANGI, 28 JULAI 2019 – Karnival Sukan Tradisional 2019 anjuran Kelab Anak-Anak Hebat Daerah Hulu Langat (NAZIM DHL) telah berlangsung di Padang Surau Al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Ahad lalu.

Seramai 48 orang peserta kanak-kanak telah terlibat memeriahkan Karnival Sukan Tradisional pada tahun ini.

Sebanyak lapan acara telah dipertandingkan yang mana empat acara bagi peserta lelaki dan empat acara bagi peserta perempuan.

Antara acara dipertandingkan ialah tarik gegantung, konda-kondi, baling tin, tarik tali, jalan susun bata, jalan tempurung kelapa, galah panjang dan batu seremban.

Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Daerah Hulu Langat (ISMA DHL), Tuan Haji Majid Jantan.

Dalam ucapannya, beliau telah menekankan keterlibatan ISMA dalam aktiviti kemasyarakatan serta berharap agar karnival sukan sperti ini akan dapat melibatkan peserta dari surau-surau di sekitar Bangi pada masa yang akan datang.

Seterusnya, penyampaian hadiah turut disampaikan oleh YDP ISMA DHL kepada para pemenang, masing-masing membawa pulang medal, sijil penyertaan dan hadiah saguhati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *