Didik anak tentang puasa

 

IMG-20150615-WA0004

Oleh Azidatul Anis Aziz

BERTAM, 21 Jun – “Pendidikan awal tentang puasa kepada anak-anak perlu diterapkan supaya mereka dapat meraih pahala puasa pada usia yang muda,” kata Ustazah Shahilah Nordin, Penolong Ketua Biro NAZIM cawangan Seberang Perai Utara (SPU).

Program Smart Circle 2.0 yang dianjurkan oleh Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) Seberang Perai Utara program kali ini memberi pengetahuan kepada peserta dalam persediaan menyambut ramadhan.

“Cara pelaksanaan puasa yang betul akan membantu anak-anak mendapat keberkatan ibadah puasa dan mereka dapat memahami secara jelas tentang puasa,” katanya.

spu2

Beliau menambah bahawa  program tersebut dimulakan dengan solat dhuha, zikir, tazkirah ramadhan dan kuiz yang diketuai oleh Ustaz Faizal.

Program yang melibatkan seramai 18 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan berjaya mengetengahkan bakat semasa aktiviti perlawanan bola sepak persahabatan untuk lelaki dan membuat kraftangan untuk perempuan.

Menurut seorang peserta, Hasanuddin b Muhd Faizal berkata program yang dianjurkan sangat bermanfaat dan berharap akan dianjurkan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *