Dua Gol Lukhman Bantu Kebangkitan KB Isma Selangor

Selepas cemerlang menewaskan Guerrasanta FC pada perlawanan pertama, KB Isma Selangor terpaksa bangkit dua kali sebelum selesa menewaskan pasukan KPG FC dengan keputusan 5-3. Pemain KB Isma Selangor mendapat suntikan tambahan apabila perlawanan kali ini di taja oleh syarikat perunding hartanah Alam Harta Realty (www.alamharta.com.my).

Sebaik sahaja wisel pemainan dibunyikan, kedua-dua pasukan pantas melancarkan serangan ke atas kubu lawan masing-masing. Namun pasukan KPG FC  terlebih dahulu membuka jaringan dengan memanfaatkan aksi kelam kabut di depan pintu gol KB Isma Selangor pada minit ke 9.

Tersentak dengan jaringan tersebut, KB Isma Selangor terus mengatur serangan dan mendapat jaringan penyamaan menerusi pemain sayap, Lukhman di sebabkan kelekaan barisan pertahanan KPG FC pada minit ke-16 setelah mendapat umpanan cantik Rafsham.

KPG FC yang mencari kemenangan sulung tidak berputus asa dan hasil satu lagi situasi bola mati, mereka menjaringkan gol kedua untuk mendahului KB Isma Selangor pada minit 23. Pantang menyerah kalah, KB Isma Selangor terus mengasak kubu KPG FC dan berhasil mendapatkan gol penyamaan sekali lagi menerusi Lukhman yang mendapat umpanan daripada Faliq.

Babak kejar mengejar jaringan berterusan dengan KPG berjaya mendapat jaringan ketiga pada minit ke-30 hasil satu sepakan penjuru dari sebelah kanan pintu gol pasukan KB Isma Selangor sebelum Ammar menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-38 untuk keputusan 3-3 kekal pada babak pertama permainan.

Bersambung babak kedua, KB Isma Selangor terus agresif menyerang kubu KPG FC dan berjaya menghasilkan gol keempat mereka menerusi Khairul Amal hasil satu situasi kelam kabut di depan pintu gol KPG FC pada minit ke-47.

Jaringan kelima dan pelengkap kemenangan KB Isma Selangor hadir pada minit ke-79 apabila satu serangan balas mereka memerangkap pertahanan KPG FC sehingga memaksa pemain pertahanan KPG menjatuhkan Lukhman di dalam kotak penalti. Kapten pasukan Syaiful menyempurnakan sepakan tersebut sebelum pengadil meniupkan wisel penamat untuk keputusan akhir KB Isma Selangor merakam kemenangan kedua 5-3 ke atas KPG FC.

Kemenangan ini berjaya membantu KB Isma Selangor untuk terus mengejar pendahulu liga, Hypernova FT.

Barisan pemain:
Firdaus
Syaiful
Irfan
Amirul
Izzat
Rafsham
Faliq
Adib
Ammar
Amal
Lukhman
Iman
Aiman
Rafiqi
Syaidi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *