Ekspedisi SIRU 2015: Persediaan Isma membangun umat beragenda

photo_2015-06-04_08-44-44

BANTING, 4 Jun – Ekspedisi SIRU Zon Tengah & Selatan 2015 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah diadakan pada 30 Mei hingg 1 Jun, bertempat di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Dengan tema ‘Warnai Hidupmu Dengan Ikatan Persaudaraan’, pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ‘Ice Breaking’, Sukan Rakyat, War Game, Memancing, Menyembelih Ayam, Masakan Rimba dan ‘Explorace’. Program ini telah dibantu oleh fasilitator dan sukarelawan daripada ISMA Gombak, DHL, Klang, Seremban, Melaka, Seremban dan Johor.

Objektif utama Ekspedisi SIRU 2015 ini ialah untuk melatih sikap berdikari, bertanggungjawab dan mampu mengurus diri dan cemerlang.

Selain itu juga, untuk menguji ketahanan mental dan fizikal di usia muda dan memeri peluang kepada peserta PGH membentuk jaringan ukhuwwah yang mesra dan padu.

Pengarah Program Ekspedisi SIRU Zon Tengah & Selatan 2015, Ustaz Khairul Fatihin menyatakan harapan beliau terhadap peserta bagi program kali ini supaya peserta dapat menghayati objektif yang telah digariskan sepanjang program ini berlangsung.

“Ustaz harap agar segala ilmu dan pengalaman yang telah ditimba sepanjang program ini dapat diaplikasikan di dalam kehidupan masing-masing,” ujarnya semasa Majlis Penutup program yang diadakan di Dewan Masjid Kanchong Darat.

Ahmad Solah Bin Kamil Azmi dan Arwa Binti Zamani telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan kategori banin (lelaki) dan banat (perempuan). Seterusnya, Kumpulan Terbaik bagi Banin telah jatuh kepada Kumpulan Salahuddin manakala bagi Banat ialah Kumpulan Fateh Milennium.

Program yang julung-julung kali diadakan itu telah menarik seramai 57 orang peserta iaitu 32 orang peserta lelaki (BANIN) dan 25 orang peserta perempuan (BANAT).

Program kendalian Projek Generasi Harapan (PGH) ISMA ini melibatkan anak-anak ahli Isma yang berumur 12 hingga 14 tahun.

photo_2015-06-04_09-09-06

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *