Forum Malaysia Negara Islam anjuran PEMBINA UIAM mendapat sambutan masyarakat umum

Oleh: Siti Huurun Ain binti Shaary

GOMBAK, 5 Mei – Buat julung-julung kalinya
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UIAM dengan kolaborasi Kelab Ma’ruf UIAM dan Majlis Perwakilan Pelajar UIAM telah mengadakan sebuah Forum Malaysia Negara Islam bertajuk Retorik atau Realiti di sini semalam.

Forum yang diadakan di IIUM Cultural Centre (ICC) UIAM Gombak ini telah menarik hampir 600 penyertaan yang terdiri daripada masyarakat awam, mahasiswa mahasiswi serta warga UIAM sendiri.

Menampilkan panel-panel hebat iaitu Yang Berhormat Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia PAS, Ustaz Hamidi bin Abu Hassan, Timbalan Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia BERJASA, Yang Berbahagia Dato Dr Fathul Bari bin Mat Jahya, Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO dan Yang Berbahagia Profesor Madya Dr Mohd Hisham bin Mohd Kamal, pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi membincangkan isu Islam & perlembagaan Malaysia.

Dalam pada itu, forum ini mendapat respon positif masyarakat yang turut sama menyokong usaha murni menyatupadukan umat Islam serta membuka mata masyarakat Muslim Malaysia tentang kedudukan sistem Islam dalam pentadbiran negara Islam yang sebenar di Malaysia.

PEMBINA UIAM berharap program ini sedikit sebanyak membetulkan sudut pandang masyarakat Muslim Malaysia tentang kedudukan sistem Islam dalam pentadbiran negara Islam yang sebenar dan kepentingan mempertahankan identiti Islam di tanah air tercinta ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *