Hari Keluarga ISMA Sandakan erat jalinan ukhwah

Oleh Suraya Abdul Hamid

SANDAKAN, 2 Feb – Buat julung kalinya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Syukbah Sandakan telah mengadakan Hari Keluarga ISMA (HKI), bertempat di Pantai Pasir Putih, Sandakan.

Program yang diadakan pada 29 Januari yang lalu telah mengumpulkan hampir 50 orang peserta dan ahli ISMA di kawasan berhampiran.

“Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan tautan ukhwah sesama ahli ISMA yang berada di Sandakan.

“Dengan program sebegini, kita berharap agar komuniti ISMA Syukbah Sandakan menjadi seperti keluarga kita sendiri dan juga sebagai tempat rujukan buat masyarakat setempat, bertepatan dengan visi ISMA untuk menjadi sebuah jemaah qudwah serta menjadi tempat rujukan yang diterima dan mendapat kepercayaan masyarakat menjelang tahun 2020,” ujar Ustaz Mahadir Amboala, Pengarah Program HKI.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah slot pengenalan ISMA, sesi taaruf dan sukaneka serta jamuan makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *