Harta peninggalan si mati adalah hak bersama ahli waris

Pn Maryam Jameela menerangkan mengenai hak-hak perwarisan wanita

Pn Maryam Jameela menerangkan mengenai hak-hak perwarisan wanita

 

SETAPAK, 20 Jun – “Harta peninggalan arwah merupakan hak bersama semua ahli waris,” kata Maryam Jameelah, Pegawai Syariah yang berkhidmat di Mahkamah Rendah Syariah Ampang ketika menjawab persoalan mengenai penafian hak ahli waris yang diutarakan ketika Seminar Fiqh Wanita baru-baru ini.

“Adalah penting bagi setiap ahli waris untuk redha dengan pembahagian harta yang dijalankan.

“Sekiranya terdapat sebarang kesangsian atas status wasiat yang dilakukan oleh si mati, salah seorang daripada ahli waris perlu membuat permohonan kepada pejabat agama negeri untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya lagi, perkara tersebut sangat penting agar harta yang tidak dihibahkan dapat dibahagikan seadilnya mengikut hukum faraid.

Selain penerangan mengenai fiqh perwarisan harta, kira-kira 50 orang peserta seminar turut mendapat pelbagai pencerahan mengenai fiqh zakat yang berkait rapat dengan wanita seperti zakat emas dan perak.

Penganjuran seminar oleh Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak pada kali ini di Surau Al-Amin turut mendapat kerjasama daripada Ikatan Guru-Guru Muslimin Malaysia (i-Guru) cawangan Gombak, Persatuan Kebajikan Penduduk Islam (PKPI) Taman Setapak Indah.

Peserta Seminar Fiqh Wanita Gombak khusyuk mendengar pengisian

Peserta Seminar Fiqh Wanita Gombak khusyuk mendengar pengisian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *