Hebahan | ‘Smart Circle Bersamamu Palestin’ di Batu Pahat April ini

Kelab Anak Hebat (Nazim) cawangan Batu Pahat dengan kerjasama Aman Palestin cawangan Batu Pahat  menjemput ibubapa dan penjaga untuk menghantar anak-anak berumur 7-12 tahun ke program Bersamamu Palestin yang akan diadakan pada bulan April ini.

Program yang bakal dilangsungkan di Masjid Parit Bilal, Bukit Pasir,  Batu Pahat akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak Muslim seperti pameran Aman Palestin, indoor games,  dan hafazan hadith.

Maklumat terperinci serta nombor telefon untuk mendaftarkan anak-anak adalah seperti berikut:

Tempat: Masjid Parit Bilal, Bukit Pasir

Tarikh: 20 April 2018 (Jumaat)

Masa: 8.30 pagi sehingga 12.oo tengahari

Nombor telefon untuk dihubungi: 017-796 0884 (Cik Sabrina)

Maklumat lanjut mengenai aktiviti Nazim Batu Pahat sepanjang tahun boleh didapati menerusi laman facebook Nazim Batu Pahat, https://www.facebook.com/kelabanakhebatmalaysiabp/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *