Hebahan | ‘Smart Circle Chef Cilik’ di Johor Februari ini


Assalamualaikum wbt.

Kelab Anak Hebat (Nadi Al-A’zim atau singkatannya, Nazim) cawangan Johor menjemput ibu/bapa/penjaga untuk menghantar anak-anak berumur 7-12 tahun ke program Smart Circle Chef Cilik yang akan diadakan pada bulan Februari ini.

Program yang bakal dilangsungkan di empat lokasi sekitar negeri Johor pada 10 dan 17 Februari ini akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak Muslim seperti memasak sambil menghafaz surah.

Sebagai persediaan awal, ibu/bapa/penjaga boleh membimbing anak-anak untuk menghafaz surah Al-Bayyinah sebelum program bermula. Maklumat terperinci serta nombor telefon untuk mendaftarkan anak-anak adalah seperti berikut:

SKUDAI | Surau Al-Amin, Bandar Pulai Jaya
10 Februari 2017 (Jumaat), 8.45-11.30 pagi
Hubungi Ustazah Rozita – 018 7904500

JOHOR BAHRU | Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn
10 Februari 2017 (Jumaat), 8.45-11.30 pagi
Hubungi Ustazah Jannah – 017 9047881

KULAI | Surau Al-Muttaqeen, Indahpura
17 Februari 2017 (Jumaat), 8.45-11.30 pagi
Hubungi Teacher Ikin – 012 5454591

KOTA TINGGI | Surau Asy-Syakirin SA6, Taman Kota Jaya
17 Februari 2017 (Jumaat), 8.45-11.30 pagi
Hubungi Ustazah Mas Aini – 012 6434263

 

Maklumat lanjut mengenai aktiviti Nazim Johor sepanjang tahun boleh didapati menerusi laman facebook Nazim Johor, https://www.facebook.com/nzmjhr.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *