I-Medik Pahang, Yayasan Ikhlas dan gabungan agensi Isma Kuantan salur bantuan pasca banjir

KUANTAN, 7 Jan – Ikatan  Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) Pahang, Yayasan Ikhlas dan gabungan agensi dibawah Isma Kuantan turun menyalurkan bantuan Pasca Banjir sekitar bandar tersebut semalam.

Perkampungan Sri damai dan pusat penempatan mangsa banjir Jaya Gading Kuantan menjadi tumpuan pasukan misi bantuan pasca banjir kali ini yang memfokuskan khidmat sumbangan berbentuk makanan dan kerja-kerja pembersihan rumah selain memperkenalkan I-Medik kepada masyarakat di sekitar Pahang.

Menurut Dr Faysal Tajurudin selaku ketua agensi I-Medik Pahang, sumbangan makanan telah berjaya disalurkan kepada 50 buah keluarga disamping melakukan kerja pembersihan di beberapa buah rumah sekitar kawasan tersebut.

Keluarga Pakcik Zehan yang terkenal dengan perniagaan lemang periuk kera di daerah itu merupakan salah sebuah  keluarga yang mendapat khidmat pasukan I-Medik untuk membersihkan kotoran banjir dikedai perusahaannya.

“Alhamdullillah segala puji Allah dalam memberikan peluang kepada I-medik untuk terus memberi khidmat dan bakti kepada penduduk sekitar kuantan yang menjadi sebahagian  daripada mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Kita juga hadir untuk memberi peluang dan pengalaman kepada para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Kolej dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Kuantan dalam memberikan khidmat kepada golongan yang memerlukan”, ujar beliau ketika ditemuramah.

Aktiviti bersama kanak-kanak dipusat penempatan mangsa banjir seperti perkongsian tatacara wudhuk’ dan solat turut diadakan oleh sukarelawan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Pahang.

Misi ini berharap bantuan dan khidmat yang diberikan ini dapat meringankan beban mangsa banjir seterusnya sebagai menunaikan tuntutan hak sebagai orang muslim dalam meringankan beban sesama muslim.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *