Ibrah Surah At-Taubah dan Perang Tabuk

 

Setiap ketika, manusia akan diuji dengan iman dan motivasi yang turun dan naik.

Yang sentiasa berbolak – balik.

Pertarungan dengan jiwa adalah sebuah pertarungan yang berterusan.

Dalan surah At-Taubah, pada ayat yang ke-41, Allah memberikan motivasi dan petunjuk (cara) kepada manusia, untuk meneruskan perjuangan walaupun dalam keadaan kuat mahupun lemah.

Ayat tersebut adalah mengenai peristiwa sewaktu perang Tabuk dimana terdapat golongan munafik yang tidak mahu ikut berperang dengan alasan-alasan tertentu.

Kekangan dari aspek jarak yang jauh, kekangan dari aspek tanaman yang sedang mekar subur, dan lain-lain menjadi penghalang bagi berjihad di jalan Allah.

Amat mudah melakukan amalan sewaktu diri dalam keadaan bersemangat.

Tetapi, sebaliknya berlaku ketika jiwa sedang lemah.

Kesibukan, kemalasan, berkira-kira dengan wang ringgit, jarak perjalanan, serta kekangan urusan-urusan lain, merupakan sebuah manifestasi kepada ‘beban berat’ yang menjadi belenggu dan penghalang kepada ibadah.

Ayat ke-46 dan 47 pula menerangkan tentang aspek persiapan.

Sekiranya kita ingin melakukan sesuatu, kita perlu melakukan persiapan terlebih dahulu.

Begitu juga dengan bulan Ramadan, kita hendaklah sentiasa konsisten dalam melakukan persiapan sebagai bahan api yang akan menggerakkan motivasi kita sehingga ke penghujung Ramadan.

Kita hendaklah berasa bimbang seandainya Allah mencampakkan rasa kemalasan untuk beribadah.

Kerana besar kemungkinan, Allah memberikan kita nikmat walhal yang sebenarnya kita berada dalam istidrajnya.

Hanyut dalam nikmat yang melalaikan kita dari mengingatiNya.

Rasa malas tersebut dikhuatiri, Allah tidak berkehendak menjadikan kita tergolong dalam mereka yang mendapat RahmatNya.

Nau’uzubillahi min zalik.

Oleh

Athira Hanim Abd rahim

Aktivis,

Pembina Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *