Ibu bapa perlu ilmu didik anak-anak

berita2b

Oleh Ammar bin Ahmad Rajii
SHAH ALAM, 27 Mei – Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) ISMA Shah Alam telah mengadakan seminar keibubapaan di bawah modul i-Keluarga. Seminar tersebut telah disampaikan oleh Puan Zaharah Johari yang merupakan seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak dan juga penguasaha dan pengubal modul rangkaian tadika lebih dari 15 tahun.

Menurut Zaharah ibu bapa perlukan ilmu dalam mendidik anak-anak.

“Untuk didik anak-anak kena ada knowledge,” ujarnya.

Tambahnya lagi kaedah memuji anak-anak adalah salah satu dari kaedah mendidik anak-anak.

Every single thing anak-anak buat kena puji jangan buat salah baru nak tegur,” katanya.

Zaharah juga menyentuh pelbagai aspek-aspek keibubapaan seperti cara didikan yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Selain itu  menerangkan pada ibu bapa karakter anak-anak pada peringkat 0 – 2 tahun dan  2-7tahun.

Beliau turut berkongsi bagaimana ibu bapa ingin mengenalkan Allah swt pada anak-anak dalam proses tumbesaran mereka.

Puan Zaharah merupakan ketua BKM ISMA Shah Alam  dan Ketua Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) ISMA. Seminar tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat ISMA Shah Alam dengan kehadiran ahli-ahli ISMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *