Ijtima’ Am Bulanan Isma Shah Alam

SHAH ALAM, 16 JANUARI 2018 – Aktivis ISMA Shah Alam telah berkumpul di Masjid Al-Ikhlas yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam bagi menghadiri Program Ijtima’ Am seusai solat isya berjemaah di masjid tersebut.

Program Ijtima’ Am merupakan sebuah program perjumpaan ahli-ahli ISMA Shah Alam yang diadakan setiap sebulan sekali.

Istimewanya kali ini, para peserta menerima kehadiran Naib Presiden 1 ISMA, Ustaz Fauzi Asmuni, yang menyampaikan ceramah berjudul ‘Membina Generasi Harapan’.

Antara yang ditekankan oleh beliau adalah penggerak ISMA perlu meleburkan sifat fardiyyah dan menanam sifat jamaiah dalam diri agar terus thabat di atas jalan dakwah.

Perkongsian tersebut dituruti dengan penyampaian amanat daripada YDP ISMA Shah Alam, Ust Mohd Rizal Sabran dan kemudian diakhiri dengan jamuan ringan.

Oleh Muhammad Wafeeq Bin Zainol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *