IKFC konsisten jasmani dan rohani

Kota Bharu, 16 Jun – ISMA Kelantan FC (IKFC) sekali lagi telah menghadiri majlis berbuka puasa dan iktikaf perdana di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot. Majlis ini diadakan oleh pihak ISMA KB bersama masyarakat sekitar dimana kehadiran adalah seramai 400 orang.

  

ISMA Kelantan FC yang terdiri daripada pemain bola sepak dan pihak pengurusan turut hadir bersama bagi menjayakan majlis ini, majlis kali ini berlainan sikit berbanding yang lepas kerana turut diadakan majlis iktikaf perdana bersempena 10 malam terakhir ramadhan.

“Alhamdulillah iktikaf berjalan lancar, pasukan IKFC yang terdiri daripada Pengurus, Jurulatih dan pemain bola sepak turut hadir sama menjayakan iktikaf kali ini. ” berkata pengurus IKFC Malek Raduan.

Antara objektif IKFC bukan sekadar menjadi juara Piala Presiden ISMA 2017 dan membawa pulang trofi ke Kelantan tetapi ingin melihat mereka juara dalam aspek rohani seterusnya dapat menyumbang tenaga kepada tanahair.

Majlis iftar perdana yang dikendalikan oleh Biro Islamiyat KB ini juga mengadakan kuliah ramadan 30 minit sebelum berbuka yang disampaikan oleh YDP ISMA KB Ustaz Abdul Rahman Iskandar bersama IKFC dan masyarakat setempat, “Kekuatan umat islam sebenarnya bukan sahaja terletak pada tubuh badan yang kuat tetapi kekuatan spiritual juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kemenangan ummah” YDP ISMA KB.

Walaupun di bulan ramadan IKFC tetap mengadakan latihan untuk memantapkan lagi teknik dan permainan mereka dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan amalan-amalan mulia di bulan ramadan yang penuh keberkatan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *