Ikhidmat Gombak anjur Projek Kasih Ramadan

 

Oleh: Mohd Syafiq Iqbal

BATU, 26 Mei – Projek Kasih Ramadan anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Cawangan Gombak melalui Kelab IKhidmat Gombak dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Batu Muda, telah berlangsung di padang utama kawasan PPR Batu Muda, Kuala Lumpur.

Dengan tagline ‘Peduli Ummah’, Projek Kasih Ramadan ini merupakan inisiatif IKhidmat Gombak untuk memberikan sumbangan berbentuk barangan dapur kepada 200 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf dan mereka yang kurang berkemampuan.

Projek ini turut mendapat kerjasama daripada Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Gombak, Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 4 dan sokongan penuh daripada Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kemuncak projek ini adalah majlis penyerahan sumbangan dan berbuka puasa bersama dengan penerima sumbangan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Parlimen Batu, Tuan P. Prabakaran dan Yang Dipertua Isma Cawangan Gombak Tuan Hj Abdul Samad Ashaari dengan menyerahkan bantuan sumbangan kepada golongan yang disasarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *