Impak dadah digital kepada kanak-kanak

SHAH ALAM, 30 Mac, Ahad – Ketagihan gajet yang juga disebut kecanduan gajet boleh memberi impak negatif kepada perkembangan emosi dan kanak-kanak. Seperti mana penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan gajet dan internet boleh merosakkan emosi dan mental kanak-kanak.

Menurut Dr Hisyam Sharif, pensyarah Universiti Utara Malaysia yang banyak memberi ceramah keibubapaan, “Kanak-kanak yang terdedah kepada penggunaan gajet dan internet secara berlebihan menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak pandai berinteraksi dengan masyarakat.”

“Kanak-kanak juga lebih cenderung meniru aksi ganas, bertindak agresif, merasa mudah marah dan hilang rasa empati terhadap kesusahan orang lain,” tambah beliau lagi semasa sesi bual bicara “Ada Syurga di rumah kita” sempena Karnival Anak-anak Hebat 2019 anjuran Kelab Anak-anak Hebat Isma di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam petang tadi.

“Lebih membimbangkan, kesibukan ibu bapa sendiri dengan gajet menimbulkan rasa tidak di hargai dalam diri kanak-kanak apatah lagi sikap ibu bapa mengambil jalan mudah memberikan gajet sebagai jalan mudah mengalihkan perhatian anak-anak daripada menggangu mereka,” ujar beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *