Isma Alor Gajah dekati masyarakat melalui program Quran Sana Sini

Oleh Abdul Qodir Jailani Bin Zainuddin

ALOR GAJAH, 27 Mei – Program Quran Sana Sini telah diadakan di Mydin Pulau Sebang, MELAKA, semalam.

Seramai lebih 100 orang muslimin muslimat yang membeli-belah di Mydin Pulau Sebang telah menyertai program ini. Program bermula seawal pukul 1 petang dann tamat sekitar pukul 4 petang.

Kehadiran pengunjung yang menyertai program ini terdiri daripada kanak-kanak, dewasa dan juga warga tua. Sebagai cenderahati, peserta diberi sejadah percuma bagi menghargai penyertaan mereka ke booth kami

Menurut Ustaz Muhammad Hazwan Mohd Yusof selaku pengarah program berkata, “ Alhamdulilah program ini dapat menarik ramai pengunjung kerana ia memberi banyak manfaat. Disini kami ada Klinik al Quran dimana bacaan al Quran kita boleh disemak oleh asatizah yang mahir berkaitan pembacaan Al Quran. Terima kasih saya ucapkan pada para pengunjung yang hadir dan pihak Mydin Mall yang telah memberi kerjasama yang baik.”

Ketua Biro Dakwah ISMA Alor Gajah, Tuan Haji Muhammad Aizat Rasli turut mengulas “Program quran sana sini merupakan inisiatif yang diambil oleh ISMA sebagai salah satu usaha untuk membudayakan masyarakat kita khususnya di Alor Gajah ini untuk membaca al quran di mana sahaja kita berada. Insya Allah pada masa hadapan biro dakwah Isma Alor Gajah akan memperbanyakkan program mendidik masyarakat seperti ini.”

Program ini juga turut mendapat kerjasama oleh pihak Mydin Pulau Sebang Hypermarket yang telah membenar program diadakan disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *