Isma Alor Setar, Yayasan Ikhlas Sumbang RM 14,350 bantu pelajar miskin di Pokok Sena

POKOK SENA, 2 Januari 2018 – Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Alor Setar dan Yayasan Ikhlas menyampaikan sumbangan kepada 100 orang pelajar melalui Program Kit Bantuan Ke Sekolah di Desa KEDA Derang, Pokok Sena, batu-baru ini.

Sejumlah RM 14,350 yang dikumpulkan daripada sumbangan orang ramai termasuk ahli-ahli Isma disalurkan kepada pelajar-pelajar dari keluarga fakir dan miskin di situ.

Setiap pelajar menerima kelengkapan sekolah dan alat tulis serta senaskhah terjemahan Al-Quran, termasuk wang tunai.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua Isma Alor Setar, Dr. Zulkifli bin Yusof yang juga merupakan Pakar Perunding ENT di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *