ISMA anjur program ramah mesra bersama orang asli

Masyarakat orang asli dan para sukarelawan sedang mendengar ucapan di majlis perasmian.

Masyarakat orang asli dan para sukarelawan sedang mendengar ucapan di majlis perasmian.

SIMPANG PULAI, 25 Mei – Lebih kurang 200 orang termasuk para sukarelawan daripada Maahad Imtiyaz dan Royal College Medical Perak (RCMP) telah menyertai program ramah mesra masyarakat orang asli, Kampung Lalang anjuran Biro Dakwah ISMA dan Pembina cawangan Ipoh dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta baru-baru ini.

Program ini merupakan langkah permulaan bagi melangsungkan projek dakwah dalam memberi pendedahan kepada masyarakat orang asli tentang agama Islam yang syumul.

Seramai 20 orang yang terdiri daripada pegawai kesihatan dan pegawai Jakim telah bersama-sama hadir bagi memeriahkan program ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah persembahan daripada pelajar Maahad Imtiyaz dan orang asli, pemeriksaan kesihatan, sukaneka dan gotong-royong memasak.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Zuhadi Bin Mohamad Saarani, Ketua Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Perak/Kedah.

Menurut beliau, Jaipk menggalakkan lebih banyak NGO Islam terlibat dalam membantu Jaipk bagi menjalankan program bersama orang asli. Ini kerana Jaipk telah diamanahkan kepada 300 kampung bagi menjalankan program seperti ini.

Untuk meneruskan projek dakwah ini, pihak penganjur akan menjalankan program bersama orang asli secara berkala seperti kelas bimbingan dan Ihya’ Ramadhan sehingga bulan Disember untuk tahun 2014. Semoga program ini dapat diteruskan lagi dalam usaha memberi pelbagai pendedahan kepada masyarakat orang asli tentang agama Islam.

Antara tetamu yang hadir pada majlis perasmian Program Ramah Mesra Orang Asli yang terdiri daripada Pegawai JAIPK dan pihak ISMA

Antara tetamu yang hadir pada majlis perasmian Program Ramah Mesra Orang Asli yang terdiri daripada Pegawai JAIPK dan pihak ISMA

Ucapan Tok Batin Kampung Lalang, En. Yaakob B. Itam

Ucapan Tok Batin Kampung Lalang, En. Yaakob B. Itam

Pemeriksaan kesihatan oleh staf-staf daripada pejabat kesihatan daerah dan para sukarelawan RCMP

Pemeriksaan kesihatan oleh staf-staf daripada pejabat kesihatan daerah dan para sukarelawan RCMP

Wakil daripada pelajar Maahad Imtiyaz yang membuat persembahan pada majlis perasmian

Wakil daripada pelajar Maahad Imtiyaz yang membuat persembahan pada majlis perasmian

Penduduk kampung Lalang menjamu selera

Penduduk kampung Lalang menjamu selera

1 comment

Leave Comment
  1. dagang

    Bersyukur pada Allah swt dan saya mendoakan Allah swt memberkahi usha2 saudara semua. Berdakwahlah dan teruslah kebaktian saudara memperkokohkan kefahaman Islam walau dimana saja umat Muhamad saw berada. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *