Isma Australia Mengadakan Kunjungan Hormat ke Education Malaysia Australia (EMA)

SYDNEY, 22 Zulkaedah 1438H – Ikatan Muslimin Malaysia – Australia telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Pejabat Education Malaysia Australia (EMA) di Sydney, Australia. Isma Australia diwakili oleh 5 orang wakil yang diketuai oleh Encik Anuar Azemi.

Wakil-wakil Isma Australia yang turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Pengerusi Isma Australia, Encik Amiruddin dan Ketua Jawatankuasa Negeri (JKN) New South Wales, Encik Imran Harith serta dua orang wakil dari Beliawanis Isma Australia iaitu Cik Kamilah Samsudin dan Cik Nadhiera Ilyana. Lawatan tersebut telah disambut mesra oleh Pengarah EMA, Encik Khalil Sumiran dan beberapa siri perbincangan telah diadakan, walaupun berlaku pada jangka waktu yang singkat.

Pertemuan dan perbincangan santai dengan Encik Khalil telah membuahkan pelbagai dapatan positif dalam mengetengahkan Isma Australia sebagai sebuah platform mahasiswa yang terkehadapan selain berkenalan dengan Pengarah EMA yang baru itu.

Pihak Isma Australia berharap agar hubungan baik dan segala perancangan dan penambahbaikan yang diusahakan bersama akan membuahkan hasil yang lumayan buat generasi muda, masyarakat dan negara.

Imran Harith Bin Azmy
Ketua Penerangan Isma Australia
Merangkap Ketua Jawatankuasa Negeri (JKN) New South Wales

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *