Isma Batu Pahat adakan Majlis Khatam Al-Quran Wanita Semalaysia di Dua Tempat Serentak

Majlis Khatam Al-Quran Wanita Semalaysia di Masjid Bukit Pasir, Batu Pahat

Majlis Khatam Al-Quran Wanita Semalaysia di Surau Al-Muhajirin, Taman Pagoh Jaya

Oleh : Mimi Atieqa binti Noor Azam

BATU PAHAT, 25 April – Wanita Isma Batu Pahat dan Pagoh turut tidak melepaskan peluang menganjurkan program Majlis Khatam Al-Quran Wanita Semalaysia anjuran Wanita Isma dengan kerjasama Masjid Bukit Pasir, Batu Pahat dan Surau Al-Muhajirrin, Taman Pagoh Jaya serta Kelab Anak Hebat (NAZIM) Batu Pahat, Johor.

Kehadiran peserta yang memberansangkan dari segenap lapisan umur daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas menunjukkan semangat Ramadhan sebagai pesta ibadah masih membara.

“Kita perlu tingkatkan amalan ibadah sebagai pecutan terakhir Ramadhan disamping melazimi masjid. Di samping itu juga, seharusnya anak-anak sudah dibiasakan dengan Al-Quran dan berterusan belajar dengan guru, dan jangan sesekali berhenti”, antara perkongsian Puan Masitah binti Mat Rawi, Pengerusi HELWA Masjid Bukit Pasir berkenaan Al-Quran dan Ramadhan.

Beliau juga menambah, hidup ini sebagai satu pilihan, baik dan buruk, syurga dan neraka, seharusnya kita bijak memilih hidup mana satukah yang ingin kita jalani serta hiduplah dengan cara Islam yang sebenar.

Majlis berakhir sekitar jam 12 tengahari dan para peserta turut menandatangani Petisyen Malaysia Negara Islam (MNI) sebelum bersurai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *