ISMA Batu Pahat edar bubur lambuk dan kurma

BATU PAHAT 17 JUN- Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Batu Pahat seramai 15 orang telah mengedarkan bubur lambuk, kurma dan risalah di sekitar bandar Batu Pahat melalui program Jalinan Kasih Ramadhan baru-baru ini.

Selain itu, ISMA Batu Pahat juga ingin mengucapkan sekalung perhargaan ucapan terima kasih atas sumbangan orang ramai dalam menjayakan program ini.

Menurut salah seorang aktivis sukarelawan Isma, Norfarahiyah Mohd Razmi, “Program ini sangat bermanfaat dan memberi impak positif kepada diri saya sendiri kerana dapat memberi pendedahan kepada diri untuk berjumpa dengan masyarakat luar sekaligus mendidik diri untuk prihatin terhadap keadaan saudara sesama islam.”

Ini adalah bertepatan dengan objektif program untuk mendekatkan para aktivis dengan pelbagai isu masyarakat sekarang seperti orang gelandangan, pesakit hospital dan musafir di perjalanan dan menjiwai apa yang mereka hadapi.

Nurul Aqilah Mohd Salleh

Wartawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *