ISMA Cardiff Sumbang Dana ke Tabung Ramadhan Darul Isra’ Cardiff

Cardiff, 6 Jun- Sukacitanya ISMA UK-Eire cawangan Cardiff telah berjaya mencapai sasaran derma Ramadhan yang telah ditetapkan dengan berjaya mengutip sebanyak £1220.00 dalam masa kurang daripada sebulan.

Program kutipan derma ini telah diserahkan oleh Pengerusi ISMA Cardiff, saudara Faris Hanafi kepada Dr. Mohamed Gaber Elsharoud yang merupakan Pegawai Eksekutif Masjid Darul Isra’ di Cardiff.

Menurut saudara Faris Hanafi, “Darul Isra’ telah memberi banyak sumbangan kepada komuniti Muslim setempat di Cardiff, termasuk juga kepada komuniti Muslim Malaysia. Oleh itu, kutipan sumbangan ini dikutip sebagai sokongan kepada dana masjid selain meraih ganjaran pahala yang besar sepuluh malam terakhir Ramadhan”

Tambah beliau, “Sumbangan ini juga sebagai inisiatif ISMA UK-Eire dalam menyediakan platform kepada pelajar-pelajar Malaysia khususnya di UK untuk turut serta dalam melaksanakan ibadah bersedekah dan menyumbang pembangunan institusi masjid di kawasan lokaliti masing-masing”

“Tambahan pula, sumbangan turut dibantu oleh Malaysian Students’ Community of Cardiff yang juga tidak melepaskan peluang dalam usaha menambah kutipan derma Ramadhan kali ini”, katanya.

Dr. Mohamed Gaber ketika ditemu ramah oleh wakil Media ISMA Eropah, memuji sikap pelajar Malaysia di Cardiff khususnya yang sentiasa menyokong penuh aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Masjid Darul Isra’ serta sentiasa memenuhkan ruangan masjid dalam solat berjemaah dan aktiviti yang lain.

Beliau berharap penglibatan aktif pelajar Malaysia ini akan sentiasa diteruskan ke generasi akan datang dalam memupuk semangat komuniti Muslim yang harmoni dan rahmah.

Projek Derma Ramadhan ini juga merupakan sebahagian daripada program yang dianjurkan oleh ISMA UK-Eire di bawah Projek Indahnya Ramadhan Eropah yang merangkumi pelbagai aktiviti lain seperti tadarus Al-Quran dan banyak lagi.

 

 

Dari kanan, Faris Hanafi (Pengerusi ISMA Cardiff), Dr. Mohamed Gaber Elsharoud (Pegawai Eksekutif Masjid Darul Isra’ Cardiff), Dr. Faqrie Hakim (Ahli ISMA Cardiff)

 

 

Biro Komunikasi dan Media ISMA Eropah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *