Isma Gombak akan bekerjasama dengan Pejabat Agama Islam Daerah dalam program pembangunan masyarakat

 

GOMBAK, 8 November – Terdapat banyak ruang kerjasama dakwah antara Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dengan pihak Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak.

Antaranya dalam program kesedaran remaja, wanita dan keluarga, dakwah masyarakat Orang Asli dan program sempena hari kebesaran Islam sepanjang tahun.

Yang Dipertua Isma Gombak, Mohd Zuraidi Zakaria berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak PAID Gombak yang diketuai Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak, Ustaz Zainal Abidin Sulaiman yang telah menyambut kedatangan rombongan pimpinan Isma ke Kompleks Islam Daerah Gombak pagi tadi.

“Alhamdulillah terima kasih kepada pihak tuan kadi, yang menerima kedatangan kita dan memberi taklimat mengenai PAID Gombak.

“Saya dapati ada banyak ruang untuk kedua-dua pihak bekerjasama.

“Saya sendiri telah membuat satu pembentangan ringkas mengenai siapakah Isma Gombak, apakah visi dan misi dan apakah program-program yang telah dan akan kita anjurkan,” katanya.

Turut hadir Naib Yang Dipertua, Abdul Samad Ashaari dan Ketua Wanita Isma Gombak, Haliza Abd Aziz.

 

Disediakan oleh

Mohd Faiq Naquiddin Md Pazin

Ketua Biro Komunikasi & Multimedia Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *