Isma Hulu Langat ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Dr. Fadi

BANGI, 22 April – Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Hulu Langat (ISMA DHL), Mohd Noor Azib Asmangi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr. Fadi M.R. Albatsh, imam Palestin yang ditembak mati di hadapan kondominium dalam perjalanan menunaikan solat subuh pagi semalam.

“Saya mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas isu ini, Mohd Noor Azib menggesa agar pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh kerana kes pembunuhan terbuka ini telah mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang dianggap sebagai tempat perlindungan bagi sebahagian warga Palestin dan negara-negara konflik yang lain. “Kita tidak boleh menjadikan Malaysia sebuah yang terkenal dengan jenayah terbuka. Ini kerana kita pernah menjadi tumpuan dunia tentang pembunuhan warga Korea Utara. Kita tidak mahu dunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat”, tegasnya.

Orang ramai berkumpul dihadapan perkarangan rumah Allahyarham Dr. Fadi di Jabalia, utara Semenanjung Gaza. (Sumber sg.news.yahoo.com)

Allahyarham Dr. Fadi M.R. Albatsh yang juga merupakan pensyarah kanan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam bidang kejuruteraan elektrik meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Allahyarham yang telah menetap di Malaysia sering dijemput menjadi imam dan berceramah tentang isu-isu Palestin dan konflik Asia Barat di masjid-masjid seluruh negara.

 

Nashrah Hani Jamadon

Wartawan Isma Hulu Langat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *