Isma Ireland Anjur Kuliah Subuh Khas Rahsia Pembebasan Al-Aqsa

 

Dublin, 31 Jan- Jawatankuasa Isma Ireland hari ini telah berjaya mengadakan Kuliah Subuh Khas Rahsia Pembebasan Al-Aqsa yang bertempat di Malaysia Hall, Dublin.

Kuliah subuh yang diadakan sejurus selepas solat subuh berjemaah ini telah dihadiri kira-kira 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Malaysia yang belajar di sekitar Dublin.

Kuliah subuh ini telah disampaikan oleh saudara Hazreen Ismail, Ketua Biro Dakwah Isma Eropah merangkap Ketua Perhubungan Isma UK-Eire cawangan Ireland.

Ketika ditemui oleh Media Isma Eropah, saudara Hazreen berkata, “kuliah subuh ini merupakan inisiatif daripada Isma Ireland bagi menyambut kempen Biro Islamiyyat Isma di Malaysia yang mengadakan solat subuh berjemaah dan kuliah khas di seluruh masjid-masjid di Malaysia.”

Ujar beliau lagi, “selain memberi input-input penting seperti sejarah dan keadaan semasa di Palestin, kuliah subuh ini juga ingin membangkitkan semangat solidariti pelajar Malaysia di sini bersama dalam perjuangan pembebasan Palestin yang merupakan saudara seakidah kita.”

Salah seorang hadirin yang sempat ditemubual Media Isma Eropah, saudara Ikhwan berkata, “banyak input-input penting daripada kuliah ini yang sangat bermakna buat kami semua para pelajar untuk kembali menginsafi makna sebenar perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini.”

Kuliah ini berakhir dengan sedikit nasihat daripada saudara Hazreen kepada para pelajar agar lebih bersemangat untuk menuntut ilmu untuk kebaikan umat Islam sejagat.

 

Biro Komunikasi dan Media Isma UK-Eire

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *